Image Hosted by ImageShack.us
By syuk2104 at 2011-12-06
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

nak yang mana???

Wednesday, December 7, 2011

asdfghjkl

Friday, December 2, 2011

SURAT UTK BILL GATES


Surat dari Saya kepada Bill Gates Microsoft





Subject: Masalah dengan komputer baru saya.



Dear Encik Bill Gates,



Saya telah membeli sebuah komputer baru untuk rumah saya dan saya dapati beberapa masalah dengan komputer, yang saya ingin membawa kepada notis anda.



1. Terdapat butang 'mula' tetapi tiada butang 'stop'. Saya meminta anda untuk memeriksa ini.



2. Saya mendapati terdapat 'Run' dalam menu. Salah seorang kawan saya klik 'run' dan dia berlari ke Bt Selambau! Jadi, saya meminta anda untuk menukar bahawa untuk 'Duduk', supaya saya boleh klik bahawa dengan duduk.



3. Satu keraguan adalah sama ada mana-mana 'Re-Skuter' yang ada dalam sistem? Saya dapati hanya 'Re-Cycle', tetapi saya sendiri skuter pada rumah saya.



4. Terdapat 'Cari' butang tetapi ia tidak berfungsi dengan betul. Adik saya hilang kunci pintu dan kita cuba banyak untuk mengesan kunci dengan butang 'cari', tetapi tidak dapat dikesan. Sila mengatasi masalah ini.



5. 'Microsoft Word(huruf)' anak kawan saya dipelajari kini beliau mahu belajar 'Microsoft Sentence (Ayat),' jadi apabila anda akan memperuntukkan bahawa?



6. Saya selalu tertanya-tanya mengapa anda telah memelihara butang 'Enter' tanpa menyimpan butang keluar?



7. Adalah mengejutkan bahawa tingkap berkata 'My Pictures' tetapi tidak ada satu foto saya. Oleh itu, apabila anda akan menyimpan gambar saya di dalam itu.



8. Terdapat 'MICROSOFT OFFICE' bagaimana dengan 'MICROSOFT HOME' sejak saya menggunakan PC di rumah sahaja.



9. Anda berikan 'My Recent Documents(dokumen baru saya).' Bilakah anda akan menyediakan 'My Past Documents?(dokumen lama saya) '



10.Nama kamu GATES (pagar) tetapi kenapa kamu jual WINDOWS (tingkap)

fAKtA D SIni

1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan mengeluarkan bunyi.

2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.

3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan babi dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.

4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.

5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah, tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu, mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya.

KENAPA langit WARNA biru ???

Hari ini kita cerita tentang langit ciptaan Tuhan yang indah ini. Cantik, sedap dipandang dan sangat menenangkan jiwa. Pernah anda terfikir kenapa langit itu berwarna biru? Kenapa tidak kuning, hitam, hijau atau sebagainya? Sungguh unik alam ini diciptakan bukan?

Sebenarnya, cahaya merupakan salah satu bentuk tenaga. Cahaya matahari yang dipancarkan itu kelihatannya putih tetapi sebenarnya ia merupakan gabungan warna-warna lain seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Anda boleh memerhatikannya pada kejadian pelangi yang mana ia mengandungi kesemua warna-warna ini.

Langit yang kita pandang setiap hari itu mengandungi udara. Dan udara itu sendirinya mengandungi beberapa jenis molekul gas, serta beberapa lagi campuran habuk dan sebagainya. Cahaya matahari yang dipancarkan ke udara di langit akan mengena kepada molekul-molekul gas itu tadi dan seterusnya akan memantulkan cahayanya kepada beberapa arah.

Sesetengah warna seperi jingga dan kuning akan bergerak terus sahaja, manakala warna biru pula akan memantul ke semua arah. Dengan ini, cahaya warna biru akan bertebar ke seluruh ruang udara di langit. Jadi, bila anda melihat ke atas langit, cahaya-cahaya biru ini akan sampai ke mata anda dan langit akan kelihatan berwarna biru.

Lain pula ceritanya di angkasa lepas. Seperti mana yang kita semua telah ketahui bahawa di angkasa lepas merupakan ruang yang tidak mempunyai udara. Jadi, cahaya matahari yang dipancarkan tidak akan memantulkan cahayanya yang lazimnya akan dipantulkan melalui molekul-molekul gas. Tiada satu cahaya pun yang akan bertebar di ruang angkasa hasil daripada proses pemantulan. Maka itulah ruang angkasa kelihatan gelap dan hitam.

Indah, unik dan hebat kan kuasa Tuhan? Kita sebagai manusia yang amat beruntung ini seharusnya mengambil semua ini sebagai motivasi untuk kita jadi lebih hebat lagi, lebih kreatif kita mencari, kita merungkai segala rahsia-rahsia alam.