1) ketupat pulut berdaun palas,
lalu dimakan oleh pak musa,
kalau mahu berjaya jangan lah malas,
jikalau gagal jangan putus asa.
2) pergi ke kedai membeli baju,
membawa duit beribu-ribu,
kalau hendak jadi orang yang maju,
janganlah kita melawan cakap ibu.
Monday, April 28, 2008
pantun nasihat
Posted by SYUKRI ZAINAL at 6:17 PM 1 comments
Sunday, April 27, 2008
birthday kat de'palm steak
first time...hari ini dalam sejarah, aku celebrate birthday kat de'palm steak sandakan. makan memang power tapi aku rasa ayah aku yang pening!. bukan sebab banyak makan daging tapi blurr mata tengok bil $$$.
Posted by SYUKRI ZAINAL at 9:19 AM 1 comments
Otak
Mr.Burn pergi ke klinik sebab selalu sakit kepala.Setelah melakukan pemeriksaan, doktor memegang bahu Mr.Burn.
Doktor : saya minta maaf Encik Burn.Saya dengan berat hati terpaksa memberitahu Encik Burn menghadapi tumur otak
Mr.Burn : Yahooo,yahoo!!
Doktor : Kenapa Encik Burn gembira? Encik Burn faham tak apa yang saya cakap tadi?
Mr.Burn : Mestilah doktor fikir saya ni bodoh sangat ke?
Doktor : habis tu kenapa Encik Burn ketawa?
Mr.Burn : sebab ia membuktikan kepada semua orang yang saya ada otak.
Posted by SYUKRI ZAINAL at 8:41 AM 0 comments
ULANG...
Pada suatu petang yang sepi sesangat sampai nak kentut pun satu kampung bergema tau. Rahman ngan Choin dok lepak jap lalu si Rahman pun mempermainkan si Choin ni.
Rahman : Choin, 'Tulang' buang huruf 'T'.......bunyinya?
Choin : Ulang
Rahman : 'Tulang' buang huruf 'T'........bunyinya?
Choin : Ulang
(Perkara ini berulang berpuluh-puluh kali sehingga Choin dah naik naik boring dibuatnya)
Choin : Sampai bila nak abis daa...?
Rahman : Dah kau kata 'ulang'...nak buat cam mana
Posted by SYUKRI ZAINAL at 8:16 AM 1 comments
Saturday, April 26, 2008
Oh kayu
Aku: o kayu,oh kayu kenapa engkau basah?
Kayu: macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Aku: o hujan, oh hujan kenapa timpa kayu?
Hujan: macam mana aku tak timpa, kayu diluar rumah.
Aku: o rumah oh rumah kenapa kayu di luar?
Rumah: macam mana tak duduk luar tuan aku malas.
Aku: o tuan oh tuan kenapa engkau malas?
(suasana sepi sahaja)
Aku: eh, mana tuan rumah ni?
Mak aku: engkau lah tuan rumah pemalas! Udah cepat angkat kayu tu! Asyik nyanyi aje....
Posted by SYUKRI ZAINAL at 10:38 PM 0 comments